Kenapa Wallet Donald Trump Pindah $2.4 Juta Kripto Ini Ke Coinbase?

442

“Bukan biasa-biasa, Trump untung banyak tu lepas berbulan-bulan kumpul royalti NFT.”

Wallet dikaitkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tampaknya bertindak memindahkan lebih 1,075 Ethereum (ETH) bernilai $2.4 juta ke bursa mata wang kripto Coinbase dalam beberapa minggu lalu.

Menerusi pemerhatian kira-kira tiga minggu lalu, wallet tersebut mula menghantar sejumlah besar ETH tersebut ke Coinbase selepas berbulan-bulan mengumpul royalti Trump non-fungible token (NFT) di mana wallet beliau pernah mencecah $4 juta.

Pada Disember 2022, Trump mengeluarkan koleksi NFT 45,000 unit berharga $99 setiap satu yang telah mengumpulkan jumlah dagangan 15,013 ETH bernilai $35.4 juta di pasaran NFT OpenSea kemudian mengeluarkan koleksi NFT kedua pada April 2023.

Trump baru-baru ini juga melancarkan satu lagi set kad dagangan digital yang menawarkan peminat peluang memenangi faedah seperti makan malam bersamanya atau sehelai sut dipakai beliau ketika dibawa masuk oleh polis Georgia selepas didakwa pada Ogos 2023.

Suka dimaklumkan Kad Dagangan Digital Trump menjana $119,100 dalam volum dagangan antara 17 dan 24 Disember 2023.

Penurunan NFT dan promosi dikaitkan dengan Trump dikendalikan oleh NFT INT LLC yang beroperasi di bawah lesen berbayar daripada CIC Digital LLC.

Selain mendedahkan Trump memiliki ETH bernilai $5 juta dan memperoleh $4.9 juta daripada yuran pelesenan NFT, beliau sebelum ini telah disenaraikan sebagai pengurus, presiden, setiausaha dan bendahari CIC Digital LLC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat