“Go, lagi sikit je nak tembus $2 ni.”
Google Cloud Alphabet yang kini menjadi validator rasmi Tezos (XTZ) untuk memberi akses teknologi blockchain kepada para pelanggan Cloud berjaya mencetuskan peningkatan harga terhadap mata wang kripto itu.
Susulan perkembangan baharu tersebut, kebanyakan pelabur berharap harga XTZ dapat melonjak lebih tinggi dalam tempoh terdekat ini.
XTZ adalah rangkaian blockchain berasaskan kontrak pintar yang berupaya naik taraf tanpa memerlukan hard fork*, di mana validator tersebut bertujuan untuk membantu syarikat Cloud membina aplikasi Web3 tersendiri.
*Kemas kini software baharu yang dilaksanakan oleh nod rangkaian blockchain atau kripto yang tidak serasi dengan protokol blockchain sedia ada, menyebabkan perpecahan kepada dua rangkaian berasingan yang berjalan selari
Sejak kebelakangan ini juga, Cloud menjalankan validator Solana (SOL) untuk mengambil bahagian dalam rangkaian tersebut untuk menyokong pembangun menggunakan produk baharu pada platform berasaskan blockchain.
Menurut Mason Edwards, eksekutif Yayasan Tezos pula berkata bahawa perkongsian baharunya dengan Cloud adalah untuk tolong kembangkan syarikat pemula (startup) dalam ekosistem XTZ.
Tambahnya lagi, projek-projek startup layak menerima Google Cloud server space dan bimbingan secara percuma.
Suka dimaklumkan di sini, sokongan daripada Google dalam jangka panjang akan bantu kembangkan penggunaan blockchain XTZ termasuk aset digitalnya yang digunakan untuk transaksi serta pelaksanaan kontrak pintar pada rangkaian.
Sehingga berita ini ditulis, harga XTZ melonjak sebanyak 8.35% pada paras $1.43 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $1 bilion.