Selepas RBNZ Naikkan Kadar Faedah 0.50%, Apa Jadi Pada NZD/USD?

95

Pasaran memberi tumpuan pada keputusan mesyuarat bank pusat New Zealand pada sesi Asia pagi Rabu semalam yang dilihat mempengaruhi dagangan Kiwi.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) menepati ramalan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas ke paras 4.75% untuk mesyuarat dasar pertama tahun ini.

Pelabur menilai kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat masih bernada hawkish untuk petunjuk dasar monetari berikutnya.

Dolar New Zealand menunjukkan reaksi awal dengan pengukuhan sebaik sahaja pengumuman kenaikan kadar faedah tersebut, namun dilihat tidak begitu cemerlang mengharungi ses-sesi dagangan berikutnya.

Dapat diperhatikan pergerakan pada carta pasangan mata wang NZD/USD semalam, harga yang berlegar di zon support 0.62000 telah menunjukkan kenaikan sekitar paras 0.62450.

Kenaikan harga walau bagaimanapun tidak melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta NZD/USD tersebut menunjukkan pergerakan trend kekal bearish.

Harga gagal meneruskan pendakian lebih tinggi sebaliknya sekadar berlegar 50 pips dari paras support 0.62000.

Faktor pengukuhan semula US dolar juga turut menjadi penghalang kenaikan berlaku, dengan tekanan US dolar ke atas dolar New Zealand selepas pasaran meneliti minit mesyuarat FOMC.

Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga membuat sekali lagi kenaikan ke paras 0.62500 dan melepasi halangan MA50.

Jika ini menjadi petanda awal perubahan trend bullish, harga boleh melonjak lebih tinggi selepas ini dengan sasaran menuju zon 0.63000.

Melepasi zon tersebut akan mendorong harga menuju ke zon rintangan pada sekitar 0.64000 pula.

Namun, jika US dolar terus mendominasi dan menekan harga jatuh lebih rendah, susut di bawah paras sokongan 0.62000 akan mendorong penurunan lanjut harga mencecah paras 0.61000.

Lihat gambar carta pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat