Komen Hawkish Wilkins, Usd/Cad Jatuh Hampir 200 Pip Sejak Isnin

37

Timbalan Gabenor bank pusat Kanada, Wilkins dalam ucapannya pada Isnin menyatakan Bank of Canada akan menilai sama ada rangsangan monetari yang digunapakai ketika ini masih diperlukan.

Menurut Wilkins, jika hanya beberapa sektor yang berkembang untuk menyerap lebihan kapasiti, bank pusat perlu mengambil langkah yang sesuai untuk mencapai sasaran inflasi.

Beliau juga mengatakan perubahan kepada harga minyak mentah yang rendah hampir selesai dan bank pusat yakin sumber pertumbuhan ekonomi semakin luas.

Pertumbuhan suku pertama di Kanada begitu menggalakkan dan ia adalah berita baik apabila perbelanjaan pelaburan dalam sektor minyak dan gas telah melonjak semula.

Beliau juga percaya 70% daripada industri telah berkambang  pada kadar seperti sedekad yang lalu walaupun komponen eksport masih mengecewakan dan bank pusat bekerja keras untuk memahami sebabnya. Terdapat juga ketidaktentuan dalam polisi ekonomi khususnya NAFTA.

Bank pusat dilihat lebih yakin apabila melihat kepada trend ekonomi beberapa minggu ini, namun komen dari Wilkins ini adalah paling hawkish setakat ini.

Bank pusat ketika ini berada dalam perbincangan dan penilaian ekonomi bagi mesyuarat monetari bulan depan. Komen ini menunjukkan bahawa bank pusat dijangka akan cenderung kepada pengetatan polisi.

Dolar Kanada mengukuh selepas komen Wilkins, dengan Usd/Cad jatuh hampir 200 pip sejak Isnin. Eur/Cad pula jatuh hampir 250 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat