Kripto Ini Menggila Lepas Laporan CPI AS!

252

Para pelabur pasti teruja selepas melihat terbitan laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) semalam yang telah berjaya memberi lonjakan harga kepada ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan juga Ethereum (ETH).

Ini adalah disebabkan kadar inflasi AS yang menunjukkan penurunan untuk 5 bulan berturut-turut telah mendorong penyusutan pada nilai US dolar dalam pasaran.

Jika diperhatikan, BTC mendaki 4% pada zon harga $17,809 dalam tempoh 24 jam lalu sementara ETH raih 6% pada paras $1,321 dan tidak dilupakan juga Ripple (XRP), Dogecoin (DOGE) serta Polygon masing-masing maju 4%.

Diperjelaskan, data CPI berfungsi sebagai pengukuran kadar perubahan mengenai harga barangan dan perkhidmatan yang akan digunakan sebagi satu metrik bagi pengiraan inflasi dalam ekonomi.

Laporan pada bulan ini menyaksikan inflasi semakin reda apabila bacaan bulan November turun kepada 0.1% berbanding bulan Oktober iaitu 0.4%.

Sejak beberapa bulan sebelum ini, Federal Reserve (Fed) telah menaikkan kadar faedah secara agresif untuk mengawal inflasi, namun kenyataannya pada bulan lepas mungkin memberi impak positif terhadap kripto susulan Fed dijangka akan kurangkan kenaikan kadar pada mesyuarat terbaru.

Kenaikan kadar faedah seterusnya dijangka adalah pada 50 mata asas berbanding sebelum ini pada 75 mata asas.

Difahamkan bahawa perniagaan kecil, pasaran kripto dan saham telah terkesan apabila kadar faedah sentiasa melonjak yang menjadi penyebab peningkatan kos pinjaman daripada bank sementara kebanyakan individu lebih memilih untuk menyimpan tunai dalam akaun simpanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat