Lagi Sekali GBP/JPY Pecah Rekod Paling Tinggi Sejak 2016!

199

Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY melonjak ke paras ketinggian terbaru setelah berjaya melepasi rintangan paras 176.00 pada Selasa semalam, memecah rekod tertinggi sejak Januari 2016.

Menyokong pengukuhan Pound di sesi Eropah semalam adalah penerbitan data pekerjaan UK yang memaparkan bacaan komponen yang keseluruhannya adalah positif.

Pound berjaya mengekalkan pengukuhan ke atas Yen, sementara Yen pula akan terus berisiko menjelang keputusan mesyuarat bank pusat Jepun pada penghujung minggu.

Bank of Japan (BOJ) diramalkan masih akan mengekalkan kadar di paras rendah pada -0.10% sementara kenyataan oleh Gabenor Kazuo Ueda akan dinilai jika terdapat sebarang perubahan pada dasar monetari terdahulu yang dikekalkan.

Pembukaan sesi Eropah hari ini (Rabu) memberi tumpuan pada data pertumbuhan ekonomi (KDNK) UK dengan angka yang menepati ramalan iaitu pertumbuhan 0.2% untuk bulan April.

Pergerakan harga pada carta GBP/JPY tidak memberi reaksi awal ketika data tersebut diterbitkan dengan tumpuan utama pasaran kini berkemungkinan telah beralih pada mesyuarat FOMC.

Harga yang kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu menjangkakan corak bullish harga akan diteruskan lagi.

Kenaikan setakat penghujung sesi New York telah mencapai ketinggian terbaru lagi sekitar 176.800 setelah mengatasi paras dicapai minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan dilihat akan menuju ke sekitar 178.00 atau 179.00 untuk harga catatkan rekod terbaru lagi.

Sementara, jika harga mula menjunam semula di bawah 176.00 dan melepasi sokongan MA50, harga akan terdorong untuk susut lebih rendah dengan pergerakan bearish yang bakal dipaparkan.

Zon RBS (resistance become support) 174.500 akan diuji dan setelah ditembusi, harga bakal menuju ke sekitar 172.600 hingga 172.00.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat