Laporan Pekerjaan UK Mampu Sokong Peningkatan GBP/JPY Hari Ini?

314

Walaupun dijangkakan untuk bergerak lemah dalam pasaran, Pound Sterling nampaknya berjaya mengukuh berbanding mata wang Yen Jepun.

Lihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY.

Pada sesi Eropah semalam, harga menunjukkan tanda-tanda untuk membuat penurunan, namun sebaik hampir mencecah sekitar paras 154.300, harga melonjak semula bersambung pada sesi New York semalam.

Pelabur masih melihat risiko pada dagangan Pound akibat tekanan susulan pengumuman penangguhan langkah untuk menghapuskan sekatan pergerakan di UK yang dilanjutkan kepada 19 Julai.

Tetapi, harga pada carta GBP/JPY di awal sesi Eropah hari ini menunjukkan tanda-tanda untuk meningkat lebih tinggi selepas bergerak perlahan pada sesi Asia.

Ini adalah susulan reaksi awal pelabur terhadap laporan pekerjaan UK yang baru sahaja diterbitkan sebentar tadi.

Indeks purata pendapatan 3 bulan meningkat 5.6% lebih tinggi berbanding jangkaan 4.9% dan kadar pengangguran juga menepati ramalan untuk turun kepada 4.7% berbanding 4.8% sebelumnya.

Bacaan laporan yang dilihat memberangsangkan menyokong peningkatan nilai Pound di awal sesi Eropah, namun mampukah situasi itu berkekalan lebih panjang?

Harga yang tembus melepasi halangan trendline pada carta GBP/JPY menjadi petunjuk awal untuk kenaikan harga lebih tinggi.

Jangkaan kenaikan harga adalah untuk menuju ke paras rintangan 156.00 yang merupakan paras tertinggi berjaya dicapai pada penghujung Mei selepas kali terakhir harga menyentuh paras tersebut pada Januari 2018 yang lalu.

Namun, jika harga kembali menjunam semula, paras sekitar 154.800 dilihat akan menjadi paras sokongan awal buat harga yang sebelum ini dilihat kerap menjadi tumpuan.

Penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut boleh mencecah sehingga ke paras sokongan 153.900 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat