Laporan Tawaran pekerjaan Amerika Syarikat Jatuh Ke Paras Terendah 1 1/2 Tahun!

302

Tawaran pekerjaan Amerika Syarikat jatuh kepada paras terendah 1 1/2 tahun pada bulan Ogos dan pengambilan pekerja juga jatuh. Data ini memberi indikasi bahawa pertumbuhan pekerjaan semakin perlahan.

Tawaran peluang pekerjan yang menjadi ukuran permintaan buruh jatuh sebanyak 123,000 kepada 7.05 pekerjaan pada bulan Ogos. Bacaan ini merupakan bacaan terendah sejak Mac 2018 berdasarkan kenyataan Jabatan Buruh pada hari Rabu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan, tawaran pekerjaan telah jatuh 3 bulan berturut-turut dan menunjukkan trend menurun pada tahun ini. Kadar tawaran peluang pekerjaan telah jatuh kepada 4.4% pada bulan Ogos daripada 4.5% pada bulan Julai.

Pegambilan pekerjaan telah jatuh sebanyak 199,000 pekerjaan kepada 5.8 juta pada bulan Ogos berikutan kejatuhan dalam sektor swasta. Kadar pengambilan pekerja jatuh kepada 3.8% pada bulan Ogos daripada 3.9% pada Julai.

Disisi lain, Nonfarm payrolls meningkat sebanyak 136,00 pekerjaan pada bulan September. Data bulan Ogos pula dinilai semula daripada 130,000 pekerjaan kepada 168,000 bilangan pekerjaan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan sebnayak 0.7% kepada paras 98.752 setakat jam 11.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat