Lepas Tekan Rapat Pedal Minyak, EUR/USD Perlahankan Semula Had Laju Penurunan Harga

229

Mata wang Euro terselamat dari alami kejatuhan lebih parah apabila US dolar dilihat tidak meneruskan pengukuhannya pada dagangan Rabu semalam selepas melonjak pada Selasa lalu ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Pergerakan pasaran lebih mendatar semalam dengan data indeks harga pengeluar AS diberi tumpuan pada sesi New York dengan bacaan yang sedikit baik berbanding jangkaan, namun tidak memberi kesan begitu ketara terhadap pergerakan harga.

Walaupun US dolar gagal mengekalkan momentum lonjakannya dan bergerak suram semalam, namun pelabur berwaspada untuk sebarang kejutan yang boleh berlaku sementara menantikan keputusan mesyuarat FOMC minggu hadapan

Federal Reserve (Fed) bakal meneruskan kenaikan kadar faedah agresif sebanyak 75 mata asas itu, tetapi tercetus pula jangkaan untuk kenaikan sehingga 100 mata asas selepas data inflasi AS diteliti.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat bergerak lebih mendatar semalam berbanding terjunan drastik yang dipamerkan pada Selasa.

Harga bergelut untuk membuat kenaikan melepasi paras pariti 1.0000 yang menjadi rintangan buat harga dengan melihatkan harga berlegar perlahan di zon tersebut sehingga ke penghujung sesi New York.

Bersambung di sesi Asia pagi Khamis ini, harga kekal perlahan bergerak di sekitar 0.99700 dan masih berada dalam zon julat mendatar harga semalam.

Trend pergerakan harga masih bearish di mana harga berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Sekiranya penurunan dilanjutkan hari ini pula, paras sokongan pada 0.99500 bakal ditembusi sebelum harga menuju puka ke zon support utama pada 0.98800.

Zon tersebut gagal ditembusi pada dagangan minggu lalu yang berjaya melantunkan semula harga selepas beberapa hari diuji.

Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, kenaikan melepasi paras pariti 1.0000 dan halangan MA50 akan dinilai isyarat awal untuk perubahan arah harga semula.

Kenaikan yang dilanjutkan bakal menuju ke paras 1.01000 untuk harga menguji rintangan tersebut sebelum paras ketinggian yang dicatatkan di awal minggu berkemungkinan mampu dicapai harga semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat