Lima News Besar Tumpuan Pasaran Forex Pada Minggu Ini (19-23 Mac)

952

Pasaran global pada minggu ini akan tertumpu kepada polisi monetari FOMC di mana Jerome Powell julung kalinya akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Bank of England (BOE) dan Rizab Bank New Zealand (RBNZ) juga akan mengadakan mesyuarat polisi monetari pada minggu ini. Mesyuarat Fed akan menjadi event yang paling penting untuk dilihat minggu ini dan diikuti dengan mesyuarat BoE.

Berikut adalah news dan event tumpuan pada minggu ini:

#1 Mesyuarat G20 (Isnin)

Menteri kewangan dan gabenor bank busat dari 20 buah negara terbesar di dunia akan bertemu di Buenos Aires bermula hari ini. Subjek perdagangan pelbagai hala mungkin menjadi topik utama perbincangan setelah perubahan dasar perdagangan A.S baru-baru ini.

Peraturan dalam regulasi cryptocurrency juga akan menjadi fokus utama selepas gesaan baru-baru ini untuk perbincangan oleh pegawai kewangan dari A.S., Jerman, Perancis dan Jepun.

#2 Data inflasi, CPI UK (Selasa)

Data inflasi (CPI) ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 5.30 petang. Inflasi UK kini berada di sekitar 3% iaitu pada tahap sasaran inflasi BoE yang paling tinggi. Data ini sudah tentu memberi kesan yang signifikan kepada penetapan polisi bank pusat pada Khamis.

#3 Penetapan polisi monetari The Fed (Khamis)
Fed telah dijangka menaikkan kadar faedahnya sebanyak 0.25%. Berita ini akan keluarkan pada 2.00 pagi hari khamis ini. Pasaran akan meneliti isyarat jumlah kenaikan kadar faedah The Fed sama ada tiga seperti yang diunjurkan sebelum ini atau lebih daripada itu.

Penetapan polisi monetari ini juga akan menjadi pemangkin terpenting kepada US dollar dalam masa terdekat, selain daripada perkembangan isu polisi dan politik di Amerika Syarikat.

#4 Penetapan polisi monetari RBNZ (Khamis)
Kemaskini dasar monetari RBNZ adalah pada pukul 4.00 pagi hari Khamis ini. Hampir tiada yang mengharapkan sebarang perubahan kepada Kadar Tunai Rasmi (cash rate). Mesyuarat adalah yang terakhir sebelum Adrian Orr mengambil alih posisi sebagai gabenor pada 27 Mac dari Grant Spencer.

Butiran mengenai rancangan kerajaan untuk menambah pekerjaan kepada mandat RBNZ bersama kestabilan harga akan diperhatikan dengan teliti.

#5 Penetapan polisi monetari Bank of England (Khamis)
BoE akan mengumumkan keputusan kadarnya pada pukul 8.00 malam hari khamis dan Gabenor Mark Carney akan mengadakan sidang akhbar sejurus selepas pengumuman itu.

Walaupun tiada perubahan dijangka, BoE boleh memberikan klu kemungkinan kenaikan kadar Mei jika laporan inflasi pada Selasa dan laporan data pekerjaan pada Rabu menunjukkan bahawa ekonomi berada pada kedudukan yang kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat