Logam Kuning Turut Terkena Tempias Dari Mesyuarat Bank Pusat di Amerika Syarikat dan Jepun

73

Tumpuan pelabur yang beralih kepada mesyuarat bank pusat di Amerika Syarikat dan Jepun sekaligus memberi impak kepada kejatuhan harga emas.

Pada hari rabu, dasar Rizab Persekutuan terkini mengenai dasar kewangan bakal melihat kepada perubahan kadar kenaikan interest rate dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Mesyuarat BoJ pula dilihat bakal memutuskan ransangan selanjutnya.

Emas bagi penghantaran bulan Ogos di bahagian Comex di New York Merchantile Exchange merosot 0.14% kepada $1,329.70 satu troy ounce.

Juga di Comex, Silver Futures untuk penghantaran bulan September susut 0.31% satu troy ounce manakala Copper Futures untuk penghantaran September dilaporkan meningkat 0.04%.

Minggu lepas, harga emas menurun pada hari Jumaat, menjadikan minggu itu antara tiga minggu terendah. Perkara itu memperbaharui jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada akhir tahun ini, diransang oleh US Dolar. Kebanyakan pelabur dilihat tertarik dalam pembelian kenaikan pasaran ekuiti berbanding pembelian safe-haven assets.

Logam kuning kekal stabil berikutan sentimen terhadap bank-bank pusat di Eropah dan di Asia meningkatkan lagi ransangan monetari dalam tempoh bebrapa bulan akan datang. Hal ini dilihat penting bagi mengelakkan impak negatif ekonomi terhadap kesan Brexit.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat