Lonjakan GBP/JPY Bakal Rekodkan Paras Tertinggi Terbaru Sejak 2018?

441

Apa jangkaan pergerakan harga untuk pasangan mata wang GBP/JPY yang menjadi kegemaran ramai trader di luar sana?

Pound Sterling masih lagi didagangkan berisiko dalam pasaran namun faktor-faktor semasa dilihat berjaya menyokong mata wang Britain ini.

Pembukaan semula ekonomi UK dilihat sebagai satu petanda yang positif dengan kes jangkitan virus juga semakin menurun setelah agihan vaksin giat disalurkan di UK.

Berbanding mata wang Yen, isyarat untuk polisi lebih dovish oleh bank pusat Jepun terus memberi tekanan terhadap Yen dalam pasaran.

Dengan mata wang Pound yang lebih mendominasi, pelabur dapat menyaksikan corak kenaikan harga yang dipamerkan pada carta GBP/JPY sejak minggu lalu.

Setelah menguji paras sokongan pada 148.500 minggu lalu, harga telah berjaya membuat kenaikan sehingga melepasi rintangan 152.00 bersambung pada dagangan hari ini.

Selepas melonjak pada sesi Asia, harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi berikutnya susulan laporan data Keluaran Dalam Negara Kasar (UK) untuk suku terakhir 2020 diterbitkan dengan bacaan yang meningkat berbanding jangkaan.

Jika harga berjaya mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada pertengahan Mac sekitar 152.500, harga bakal merekodkan paras tertinggi terbaru April 2018.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya berkemungkinan bakal menuju ke paras ketinggian 154.00 pula.

Namun, jika harga menjunam semula dari zon resistance 152.00, penurunan harga dilihat akan kembali ke paras sokongan minggu ini pada 150.600.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan berkemungkinan akan menuju semula ke zon support 148.500 yang dicecah minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat