Mampukah Perkembangan Brexit Mengekalkan Pengukuhan Pound?

330

Harapan terhadap kemajuan dan perkembangan yang positif dalam perbincangan perdagangan antara dua negara ekonomi gergasi dan Brexit telah mengangkat pound dan euro pada awal hari Jumaat.

Pound merupakan penggerak terbesar semalaman, melonjak 2% kepada paras tertinggi dua minggu berbanding dolar USD dan meraih keuntungan peratus harian terbesar dalam tempoh tujuh bulan.

Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar berkata perjanjian Brexit dapat dicapai pada akhir Oktober untuk membolehkan United Kingdom (UK) meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) secara baik selepas pertemuannya dengan PM UK Boris Johnson semalam di England membuahkan hasil yang positif.

Berbanding euro, pound juga menokok ke paras tertinggi dalam dua minggu dan euro juga mengalami peningkatan berbanding USD iaitu yang paling tinggi dalam hampir tiga minggu.
Sementara itu, indeks dolar yang mengukur greenback, mencatatkan penyusutan sehingga mencecah 98.709 iaitu yang terakhir pernah dilihat pada 25 September.

Di samping pengukuhan matawang di Eropah, dolar juga dijejaskan oleh indeks inflasi CPI yang mendatar pada bulan September, menyokong jangkaan terhadap pengurangan kadar faedah selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed) hujung bulan ini.

Wakil AS dan China berbincang pada hari pertama rundingan perdagangan dengan pelabur menyatakan keyakinan kedua-dua pihak mungkin dapat mencapai kesepakatan dengan meredakan perang perdagangan dan menangguh kenaikan tarif AS yang dijadualkan pada minggu depan.

Presiden AS Donald Trump memberitahu pasukannya mempunyai perbincangan yang baik dengan China dan turut menyatakan rancangannya untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Liu He di White House hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat