Mari Perhati Carta GBP/JPY Selepas Keputusan Mesyuarat BOJ

172

Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY mula memaparkan kenaikan pada corak dagangan penghujung minggu ini dengan tumpuan terarah pada mesyuarat bank pusat Jepun di sesi Asia sebentar tadi.

Bank of Japan (BOJ) seperti dijangka terus mengekalkan kadar faedah di paras rendah -0.10%, menjadi keputusan mesyuarat yang terakhir bagi Gabenor Haruhiko Kuroda.

Beliau mengulangi isyarat dovish dengan menyatakan bank pusat tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan pelonggaran polisi jika keadaan memerlukan.

Yen didagangkan lemah di sesi Asia bersambung ke awal sesi pasaran Eropah petang ini.

Tumpuan pasaran terarah pula kepada terbitan data pertumbuhan ekonomi UK yang mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Justeru, pelabur perlu kekal waspada untuk pergerakan harga di carta GBP/JPY.

Harga yang sebelum ini mendatar di zon 162.00 telah mula memaparkan kenaikan ke paras sekitar 163.00.

Pergerakan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bermula.

Kenaikan harga bakal menuju ke sekitar 164.500 sebelum melanjutkan lagi pendakian ke zon rintangan 166.00.

Namun harga boleh menjunam jika dipengaruhi oleh bacaan data yang diterbitkan.

Penurunan harga akan menguji semula paras sokongan harga 162.00 dan jika ditembusi, harga dilihat boleh mencecah hingga ke sekitar 160.500.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat