Matawang Eropah Kekal Lemah Selepas Rekodkan Penurunan Terbesar Harian Semalam

623

Matawang Eropah Pound Sterling dan dolar Euro ketara mengalami kejatuhan nilai dagangan dengan masing-masing merekodkan penurunan harian terbesar berbanding dolar Amerika Syarikat. Data ekonomi yang dikeluarkan semalam gagal mengukuhkan kedua-dua matawang tersebut.

Para pelabur pada sesi pasaran Eropah hari ini pula memberi tumpuan kepada data inflasi tahunan United Kingdom (UK) dan juga bacaan akhir inflasi di zon Eropah.

Data indeks harga pengguna di UK menepati ramalan pasaran apabila kekal di paras 2.0% untuk bulan Jun seperti bacaan bulan sebelumnya. Kos makanan dan minuman bukan beralkohol meningkat sementara harga perlahan pada kenderaan serta rumah dan utiliti.

Bacaan bulanan menunjukkan harga pengguna meningkat pada kadar sifar untuk Jun, seperti yang dijangkakan.

Kadar inflasi teras, tidak termasuk tenaga, makanan, alkohol dan tembakau, meningkat kepada 1.8% daripada paras terendah 2 tahun pada 1.7% di bulan Mei.

Data input dan output bagi indeks harga pengeluar masing-masing mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan pasaran dan juga bacaan terdahulu.

Dagangan Pound Sterling tidak menunjukkan reaksi susulan data inflasi diterbitkan dengan pergerakan harga masih lemah berbanding matawang utama yang lain.

Seterusnya, tumpuan beralih pula pada bacaan inflasi tahunan zon Eropah. Bacaan akhir bagi indeks harga pengguna meningkat kepada 1.3% untuk bulan Jun, sedikit tinggi berbanding jangkaan angka yang kekal di paras 1.2% seperti bacaan sebelumnya.

Bacaan teras meningkat kepada 1.1% daripada 0.8% pada bulan sebelumnya namun telah dikemaskini kepada 1.1% selepas data dikeluarkan.

Bacaan yang sedikit positif dilihat menyokong dagangan Euro yang mengalami penurunan sejak dagangan semalam namun pergerakan harga dilihat masih lemah.

Fokus pelabur pada sesi New York malam ini pula adalah terhadap data inflasi di Kanada dengan jangkaan angka penurunan ketara oleh pasaran ekoran didorong oleh faktor penurunan pada komponen harga tinjauan IVEY PMI yang lalu.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat