Matawang Sterling Terus Susut – BoE Beri Petunjuk Pengurangan Kadar Faedah!

246

Matawang Sterling susut dibawah $1.30 berbanding US dolar pada hari Isnin selepas ahli Pesatuan Polisi Monetari (MPC) BoE Gertjan Vlieghe memberi petunjuk bahawa beliau berkemungkinan akan mengundi tindakan pengurangan kadar faedah jika data-data yang bakal dikeluarkan tidak membawa indikasi pengukuhan dalam ekonomi UK.

Pada awak sesi Eropah, matawang pound telah jatuh sebanyak 0.7% berbanding US dolar dan Euro. Kadar keluaran dalam negeri (GDP) UK jatuh sebanyak 0.3% pada bulan November sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Negara pada hari Isnin. Bacaan ini jauh tersasar daripada sasaran yang dijangkakan oleh pakar Ekonomi,dimana ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan GDP tidak berubah pada bulan November.

GDP pada bulan November hanya mampu catat pertumbuhan 0.6% setahun berbanding November tahun lepas, dalam masa yang sama pengeluaran perkilangan dan industri jatuh dalam kiraan tahunan.

Setakat ini BoE belum mengurangkan kadar faedah sejak tahun 2016 dan merupakan antara bank pusat utama yang mengekalkan kadar faedah sepanjang tahun 2019.

Penggubal polisi Silvana Tenreyro dan Gertjan Vlieghe menyatakan mereka mungkin berpihak kepada pihak yang menyokong pengurangan kos pinjaman jika ekonomi terus bertumbuh perlahan. Data harga penggna (CPI), jualan runcit,pekerjaan dan PMI akan jadi panduan dalam membuat keputusan.

Berenberg Economics berpendapat sterling akan kekal lemah berikutan faktor asas dan keyakinan pasaran dalam negeri yang masih terikat dengan ketidakpastian Brexit.

Disisi lain, Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada paras 96.83 setakat jam 10.00 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat