Media Sosial Ketenteraan British Digodam, Tiba-Tiba Jadi Akaun NFT & Kripto

283

‘Pergh, godam akaun pihak kerajaan terus. Kalau dapat tangkap mesti kena tuduh pengkhianat ni.’

Dalam tempoh 4 jam, akaun media sosial rasmi milik Tentera British telah digodam dan mempromosikan koleksi non-fungible tokens (NFT) dan mata wang kripto palsu.

Difahamkan bahawa akaun rasmi Twitter, Facebook dan YouTube tersebut telah dikawal oleh scammers pada 4 Julai bermula pukul 9 malam waktu Malaysia sehingga 1 pagi keesokan harinya.

Kejadian tersebut disedari Kementerian Pertahanan (MOD) United Kingdom (UK) yang segera memulakan siasatan selepas beberapa pengguna Twitter memaparkan screenshot akaun yang digodam.

Melihat kepada beberapa screenshot tersebut, Twitter rasmi Tentera British dilihat mempromosikan 2 derivatif penipuan koleksi The Possessed dan BAPESCLAN NFT.

Akaun yang digodam scammer tersebut juga dilihat pin satu post palsu mengenai koleksi The Possessed, yang mungkin satu teknik phishing yang akan mencuri wang dari crypto wallet pengguna.

Kemudian salah seorang pencipta koleksi tersebut iaitu Tom Watson dilihat memberi amaran mengenai maklumat palsu itu dan meminta pengikutnya membuat laporan ke atas akaun berkenaan.

Pada laman YouTube pula, ia telah menjenamakan semula akaun untuk menyerupai firma pelaburan ARK Invest dan menyiarkan video wawancara antara Elon Musk dan pengasas Twitter, Jack Dorsey.

Video-video tersebut dilihat memaparkan kod QR untuk penonton menghantar kripto, yang didakwa penerima akan dapat pulangan berganda, selain mempromosi penipuan pemberian mata wang kripto lain melalui kod QR.

Setakat ini masih tidak diketahui siapa dalang disebalik pengodaman mahpun scammer yang menyerang akaun rasmi Tentera British tersebut.

Sebaik mendapat kawalan semula, pihak Tentera British telah memadam semua penipuan yang dipaparkan selain memohon maaf kepada pengguna atas kejadian yang luar biasa tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat