Menjelang Mesyuarat BOE, GBP/USD Susut Ke Paras Terendah 4 Minggu!

359

Berbeza berbanding mata wang Euro yang berjaya menyerap tekanan terhadap US dolar, Pound Sterling pamerkan prestasi corot pada awal minggu ini.

Pound gagal mendapatkan rentak pengukuhannya menjelang mesyuarat dasar monetari Bank of England (BOE) pada Khamis ini walaupun data-data ekonomi UK yang menjadi tumpuan pada minggu lalu diterbitkan positif.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam menyaksikan harga menyambung penyusutan lebih rendah meneruskan trend bearish.

Zon support pada 1.37000 gagal membendung kejatuhan lebih rendah harga sehingga harga mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu mencecah 1.36400 pada sesi New York semalam.

Harga kemudiannya bergerak mendatar di sekitar zon tersebut dan sedikit kenaikan dilihat pada dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).

Kenaikan harga dilihat bakal dihalang pada rintangan 1.37000 sebelum penurunan harga yang kembali diteruskan bakal susut lebih rendah menuju zon support 1.36000.

Zon support tersebut sebelum ini menjadi tumpuan pada terjunan harga Ogos lalu, namun harga berjaya disokong untuk membuat lonjakan semula.

Namun adakah situasi tersebut berjaya diulangi atau harga bakal tembus lebih rendah mencatatkan paras terendah terbaru lagi pada minggu ini?

Sekiranya harga berjaya melonjak semula melepasi rintangan 1.37000, melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut akan memberi petunjuk untuk perubahan trend bullish semula.

Kenaikan yang diteruskan bakal kembali semula menguji paras tumpuan 1.38000 pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat