Menjelang Mesyuarat ECB, EUR/USD Melonjak 80 Pips!

530

Agak mengejutkan pelabur pada dagangan Rabu semalam, sentimen pasaran kembali berubah pulih daripada suasana berisiko sebelumnya.

Pasaran saham kembali melonjak semula selepas penurunan ketara pada awal minggu, meningkatkan semula keyakinan pelabur dalam pasaran. Sementara, pasaran minyak mentah juga semakin dilihat stabil.

US dolar sebagai matawang safe-haven yang mendapat kelebihan ketika sentimen berisiko pasaran kembali menyusut susulan sentimen berubah positif.

Namun, lebih ketara pergerakan yang dipaparkan adalah matawang Euro. Setelah bergerak lemah sejak beberapa minggu menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB), Euro pamerkan lonjakan drastik pada sesi Eropah semalam.

Hal ini disebabkan oleh laporan berkenaan penggubal polisi ECB yang semakin yakin terhadap unjuran pemulihan ekonomi Eropah dan berpotensi untuk mengurangkan keperluan pelonggaran polisi lebih lanjut (tapering) pada tahun ini.

Laporan yang tampil sehari sebelum mesyuarat ECB itu telah mendorong pembelian Euro dan memperlihatkan lonjakan ketara Euro berbanding matawang utama yang lain.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga yang turun hampir menyentuh paras 1.17500 kemudiannya kembali melonjak sekitar 80 pips melepasi semula zon SBR (support become resistance) sebelumnya pada 1.18000.

Pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD, harga yang telah melonjak dan bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) telah memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Harga yang memulakan dagangan pada sesi Asia pagi ini masih menunjukkan tanda-tanda untuk membuat kenaikan berikutan momentum lonjakan pada sesi sebelumnya.

Kenaikan harga dijangka akan menuju zon SBR pada 1.19000 dengan jangkaan 80 pips jarak untuk mencapai ke paras tersebut.

Namun jika harga kembali menjunam kembali, paras terendah harian semalam akan diuji sebelum harga menuju ke zon support di bawah paras 1.17200.

Pelabur akan lebih berwaspada untuk menjangkakan pergerakan tidak menentu harga sebelum dan selepas keputusan mesyuarat ECB diumumkan hari ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat