Mesyuarat BOE & FOMC Minggu Ini Penentu Nasib GBP/USD!

237

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Jumaat lalu mendatar di atas zon 1.21000 berikutan US dolar dilihat tidak meneruskan pengukuhannya walaupun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan baik minggu itu.

Bagi US dolar, pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti untuk meneliti dasar monetari selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed).

Di penghujung minggu, laporan data pekerjaan NFP AS pula dilihat akan memacu pergerakan pasaran pada penutup sesi terakhir.

Untuk mata wang Pound pula, pelabur menunggu keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada Khamis dengan jangkaan kadar faedah dikekalkan di paras 5.25%.

Kenyataan susulan bank pusat akan diteliti bagi petunjuk dasar monetari yang akan dilaksanakan selepas itu.

Pergerakan harga pada carta GBP/USD mendatar memulakan dagangan di pembukaan minggu ini sekitar 1.21100 sambil berlegar di garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Jika harga berjaya melonjak lebih tinggi mengatasi ketinggian pada Jumaat lalu, harga bakal menuju ke paras 1.22000 untuk menguji antara paras tumpuan pada dagangan minggu-minggu sebelum ini.

Jika paras tersebut berjaya diatasi, kenaikan lebih tinggi harga akan mensasarkan ke zon rintangan pada 1.23000 pula.

Namun, sekiranya harga menjunam di bawah paras 1.21000, ini akan menjadi isyarat awal untuk penurunan lebih rendah menuju hingga ke penghujung minggu.

Mengatasi paras dicecah pada Khamis lalu sekitar 1.20700, harga kemudiannya boleh susut ke sekitar zon 1.20500 atau lebih rendah lagi pada 1.2000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat