Rangkaian Internet Terputus Di Gaza, Starlink Elon Musk Jadi Penyelamat!

609

“Walaupun semua orang cakap Musk suka buat benda pelik-pelik, dia tetap nak bantu Gaza tau.”

Jutawan Elon Musk dilaporkan akan memberi akses internet melalui perkhidmatan satelitnya dipanggil Starlink kepada Gaza yang sedang berada dalam kesukaran untuk berhubung susulan seluruh komunikasinya terputus disebabkan pengeboman ganas Israel.

Pertubuhan kemanusiaan antarabangsa menyatakan bahawa pemadaman yang bermula lewat Jumaat bukan sahaja telah memburukkan keadaan malah menghalang operasi menyelamatkan nyawa termasuk menyekat hubungan dengan kakitangannya di lapangan.

Rentetan itu, ramai pengguna media sosial pada hari Jumaat dan Sabtu telah menggesa perkhidmatan Starlink, di mana mereka telah menggunakan hashtag trending #starlinkforgaza dalam siaran masing-masing.

Hal ini kerana Musk sentiasa bercakap Starlink adalah kebaikan untuk manusia, oleh itu banyak pihak berkata sekarang adalah masa untuk membuktikkan bagaimana teknologi tersebut boleh menyelamatkan dan membantu beribu-ribu orang yang tidak bersalah.

Memang tidak dinafikan Musk berhasrat untuk beri bantuan kepada Gaza, tetapi SpaceX tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mengulas bagaimana ia akan pastikan sambungan Starlink digunakan oleh organisasi bantuan dan bukannya kumpulan militan Palestin Hamas.

Bagaimanapun, menteri komunikasi Israel Shlomo Karhi berkata Israel akan menggunakan pelbagai cara untuk menghalang usaha Musk yang ingin bantu Gaza melalui Starlink.

Kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) berpangkalan di Britain menyifatkan pemadaman rangkaian telekomunikasi di Gaza telah membuka ruang lebih luas kepada Israel untuk melakukan keganasan di wilayah yang dikepung itu.

Kemudian, penyelidik kanan HRW bernama Deborah Brown pula memaklumkan bahawa ketiadaan internet telah menyukarkan orang awam dan kumpulan hak asasi manusia untuk menyiarkan bukti kekejaman dilakukan Israel di platform media sosial.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat