Mesyuarat BOJ & FOMC Akan Gerakkan Carta USD/JPY Minggu Ini

267

Menjelang mesyuarat polisi bank pusat Jepun pada sesi Asia esok hari (Selasa), pelabur memantau pergerakan semasa Yen di awal minggu.

Mata wang negara matahari terbit itu didagangkan lemah sepanjang minggu lalu ketika US dolar telah kembali mendapat rentak pengukuhan semula didorong bacaan data inflasi yang meningkat.

Selain menantikan keputusan langkah pemotongan kadar faedah selepas mesyuarat FOMC, pelabur juga turut menantikan petunjuk berkenaan peralihan dasar monetari oleh Bank of Japan (BOJ) yang diuar-uarkan sebelum ini.

Pembukaan awal minggu ini di sesi Asia pagi tadi, BOJ telah mengumumkan mereka akan melakukan pembelian bon tidak berjadual, menawarkan pembelian hingga 3 juta Yen bon kerajaan Jepun dalam perjanjian yang bermula pada Selasa dan berakhir pada Khamis.

Pergerakan mata wang Yen dilihat tidak begitu memberi reaksi kepada pengumuman tersebut sementara menantikan mesyuarat BOJ esok hari.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, corak kenaikan telah berjaya dipamerkan semula minggu lalu yang berbeza dengan corak pada minggu sebelumnya.

Kenaikan harga telah berjaya melepasi zon penting sekitar 148.700 sebelum mencapai paras tertinggi minggu tersebut di penghujung sesi terakhir sekitar 149.150.

Kenaikan perlahan dipaparkan pada sesi Asia pagi ini menyentuh paras 149.300 sebelum sedikit berundur.

Pergerakan harga yang masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY itu mencadangkan untuk corak menaik harga diteruskan lagi.

Kenaikan seterusnya dijangka akan menuju zon tumpuan pada 150.00 dan reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan.

Jika harga tembus lebih tinggi, sasaran seterusnya untuk dituju harga adalah pada rintangan 150.800.

Namun sekiranya harga berubah membuat penurunan semula, melepasi sokongan MA50 akan menjangkakan kejatuhan lebih rendah buat harga.

Berkemungkinan harga boleh kembali semula ke sekitar paras 147.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal minggu lepas.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat