Baru Dilancarkan, Memecoin Ini Terus Masuk Top 109 Kripto!

1,395

“Baru listing dah naik kaw kaw, bukan biasa-biasa memecoin ni.”

Banyak memecoin baharu mahupun popular daripada blockchain Solana (SOL) menarik perhatian para pelabur semasa pasaran mata wang kripto melihat momentum bullish sehingga mendorong harganya memacu tinggi.

Baru-baru ini, BOOK OF MEME (BOME) yang dilancarkan pada awal minggu ini secara pantas mencanak empat kali ganda ke $0.027 dalam beberapa hari kemudian kini memasuki 109 kripto teratas mengikut modal pasaran selepas disenaraikan oleh Binance.

Susulan daripada perkembangan positif tersebut, pelabur yang bijak berjaya menukar 50 SOL kepada 767 SOL melalui pelaburannya dalam pra-jualan BOME.

Umum mengetahui Binance memutuskan menyertai gembar-gembur tersebut dengan menyenaraikan empat pasangan dagangan spot baharu, antaranya adalah BOME/BTC, BOME/USDT, BOME/FDUSD dan BOME/TRY.

Bagaimanapun, Binance memberi amaran kepada penggunanya untuk sentiasa berhati-hati susulan BOME ialah token baharu yang boleh menghadapi pergerakan turun naik ketara terutamanya pada hari-hari awal kewujudannya.

Suka dimaklumkan memecoin seperti Shiba Inu (SHIB), Dogecoin (DOGE), Pepe Coin (PEPE) dan pendatang baharu misalnya dogwifhat (WIF) termasuk BONK telah mencatatkan keuntungan sangat besar semasa kitaran bull ini.

Setakat penulisan ini, harga BOME yang didagangkan pada paras $0.016 telah merudum sedikit 12.68% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $2 bilion tetapi tetap mencanak 1725.85% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat