Malaysia Raikan Pelbagai Pelaburan Tanpa Memihak Mana-Mana Negara – PM Anwar

186

Kerajaan akan terus menggalakkan pelaburan yang menguntungkan Malaysia tanpa campur tangan dalam geopolitik mana-mana negara.

Walaupun menyedari ketegangan antara dua kuasa besar China dan Amerika Syarikat, beliau berkata Malaysia tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana pihak.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa isu yang diketengahkan seperti isu Palestin dan China, banyak negara Barat agak mencurigai Malaysia kerana kita seakan-akan memihak kepada China.

Jawapan beliau mudah, Malaysia sebuah negara kecil dan membangun di mana lebih fokuskan dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Pelaburan kumulatif dari Amerika Syarikat masih nombor satu dan Malaysia tidak mempunyai masalah dengan para pelabur dari AS. Malah, mereka juga dialu-alukan dengan mesra untuk membina pelaburan dalam negara ini.

Katanya lagi, Malaysia tidak mahu membangkitkan isu dengan China walaupun terdapat sedikit perbezaan pendapat dan perkara itu dibincangkan secara baik.

Apabila beliau ditanya mengenai isu Chinaphobia atau Sinophobia, jawapannya ialah tiada sebab untuk bermusuhan dan anti kepada sesiapa.

Tambahnya lagi, Malaysia juga mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pendirian AS terhadap konflik Israel-Palestin dan keganasan yang dilakukan oleh Zionis Israel di bumi Palestin.

Anwar tidak berniat untuk membuat kenyataan keras terhadap pihak lain, beliau lebih suka menumpukan perhatian kepada membetulkan ekonomi dan struktur negara Malaysia serta mengangkat martabat negara.

Namun, apabila kanak-kanak, bayi, wanita dan manusia yang tidak berdosa dibunuh setiap hari, semasa berdepan dengan Presiden Joe Biden, beliau mengumpulkan kekuatan untuk menyatakan pendiriannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat