Meta Benarkan Trump ‘Comeback’ Ke Facebook & Instagram

154

Setelah dua tahun disekat, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akhirnya dibenarkan kembali ke media sosial Facebook dan Instagram.

Meta Platforms Inc mengesahkan perkara tersebut pada Rabu yang mengatakan ia bakal mengembalikan kedua-dua akaun tersebut kepada Trump dalam beberapa minggu akan datang.

Perkembangan itu berlaku selepas Elon Musk, pemilik baharu Twitter, menarik balik larangan kekal ke atas Trump pada November tahun lalu di platform media sosial susulan tinjauan pendapat pengguna.

Donald Trump telah digantung daripada platform-platform tersebut berikutan rusuhan Capitol Hill yang menyebabkan kematian pada 6 Januari 2021.

Pemulihan akaunnya boleh memberi manfaat kepada Trump yang mengumumkan pada November untuk menyertai pilihan raya Presiden pada 2024.

Hal ini kerana, media sosial adalah platform utama untuk jangkauan politik dan pengumpulan dana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat