Mohon Perhatian! Pagi Ini Ada Berita Penting Dari Australia

777

Greenback terus mempertahankan momentum pengukuhan pada sesi Asia hari ini, ketika tumpuan pasaran terarah kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada jam 11.30 pagi ini.

Data ekonomi Amerika Syarikat yang optimis telah mendorong US dolar lebih tinggi berbanding pesaing utamanya, selain turut didukung oleh hasil perbendaharaan AS yang tinggi.

Data PMI pembuatan tinjauan ISM AS mengalahkan jangkaan pasaran dengan meningkat ke 60.8 pada bulan Januari, iaitu pengembangan paling kuat dalam aktiviti perkilangan sejak Februari 2018.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain didagangkan meningkat pada 91.11.

Matawang euro berada di bawah tekanan selepas pegawai tinggi dari Bank Pusat Eropah (ECB) menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan hasil bon. Presiden Christine Lagarde memberitahu pada hari Isnin bahawa ECB akan mencegah kenaikan awal kos pinjaman untuk firma dan isi rumah.

Sementara itu, dolar Aussie didagangkan sedikit susut menjelang mesyuarat polisi RBA yang dijangkakan secara meluas untuk kekal dengan kadar faedah 0.10%.

Kekuatan dolar Aussie baru-baru ini mungkin akan menjadi kebimbangan buat bank pusat, lebih-lebih lagi semalam RBA telah mengejutkan pasaran dengan mengumumkan penggandaan pembelian bon harian kepada $4 bilion.

Kenyataan susulan bank pusat mengenai hala tuju dasar monetari seterusnya akan dijadikan panduan buat pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat