Momentum Positif Sterling Menyokong Kenaikan Harga Pada Dagangan GBP/USD

430

Matawang Pound Sterling didagangkan meningkat sejak semalam selepas disokong oleh laporan data pekerjaan Britain yang positif ketika dikeluarkan pada sesi Eropah semalam.

Bacaan data menunjukkan kadar pendapatan meningkat 3.1% dalam tempoh tiga bulan sehingga April mengatasi ramalan penurunan oleh pasaran. Sementara kadar pengangguran pula kekal di paras terendah sejak tahun 1975.

Selain itu juga, faktor lain yang menyokong dagangan semasa baut GBP adalah komen daripada Timbalan Gabenor Ben Broadbent yang mengatakan bahawa Bank of England (BOE) berkemungkinan akan menaikkan kadar lebih cepat berbanding jangkaan pasaran jika rundingan Brexit berjalan lancar.

Berbanding dagangan USD, Sterling berjaya meneruskan kenaikan harga hari ini pada chart pasangan matawang GBP/USD mengambil kesempatan terhadap dolar Amerika yang bergerak perlahan pada awal minggu.

Selain masih terkesan oleh ketegangan perang dagang dan juga laporan pekerjaan NFP yang merosot pada minggu lalu, pelabur mengambil langkah berwaspada terhadap dagangan USD menjelang data inflasi yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini.

Pergerakan harga pada chart GBP/USD mencatatkan kenaikan hari ini menyambung kenaikan harga semalam dan dilihat menguji paras resistance 1.2745 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi zon resistance tersebut, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan mencatatkan paras ketinggian baru menuju ke paras sekitar 1.27800.

Dan paras ketinggian lebih tinggi mampu dicapai jika momentum kenaikan pada GBP berjaya dikekalkan dan harga bakal mencecah ke paras sekitar 1.2807 (MagicR3) untuk menguji zon resistance pada bulan Mei.

Namun jika harga kembali membuat penurunan, paras Magic Pivot 1.2707 hari ini yang berada pada zon tumpuan harga akan diuji untuk harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Antara paras harga yang dilihat akan menjadi destinasi tumpuan pada penurunan adalah pada 1.26500 yang merupakan paras terendah dagangan harian pada Jumaat lalu dan seterusnya ke paras support 1.2620 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Penurunan tersebut mampu mencatatkan sekitar 100 pips pergerakan harga dari paras harga semasa pada resistance MagicR1.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.2682, 1.2645, 1.2620.

Paras resistance: 1.2745, 1.2769, 1.2807.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat