MR DIY Buat Kemunculan Pertama Di Bursa Malaysia!

400

Mr DIY Group (M) Bhd akhirnya telah membuat kemunculan pertama di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada hari ini!

Sebelum ini saham terbitan awam (IPO) firma itu telah dibuka bermula 6 sehingga 14 Okt lalu dengan 941.49 juta saham telah dilanggan lebih dari 3.9 kali.

Sehingga pagi tadi, saham peruncitan perkakas rumah itu didagangkan pada RM1.70 sesaham, meningkat 6.25% atau 10 sen berbanding harga terbitan RM1.60 sesaham, membawa syarikat itu kepada permodalan pasaran bernilai RM10.63 bilion.

Saham Mr DIY juga merupakan kaunter paling aktif di bursa tempatan pagi ini dengan sekitar 168.14 juta saham diniagakan.

CEO Mr DIY, Andrian Ong berkata Malaysia telah menunjukkan potensi pertumbuhan yang tinggi dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (CAGR) sebanyak 10.2% setahun, dan mereka merupakan antara yang menambah bahagian pasaran bagi pertumbuhan tersebut.

Malah mereka telah memperuntukkan perbelanjaan modal berjumlah RM438 juta bagi melancarkan 307 cawangan baru, membabitkan MR D.I.Y, MR DOLLAR dan MR TOY sepanjang 2020 sehingga 2021.

Usaha tersebut akan menjadikan jumlah keseluruhan cawangan mereka sebanyak 900 buah, merangkumi operasi di Malaysia dan Brunei.

MR DIY telah ditubuhkan pada 2005 dan telah berkembang menjadi peruncit perkakasan rumah terbesar di negara. Sehingga 2019, mereka berjaya meluaskan operasi mereka menembusi pasaran Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina dan Singapura.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat