Pagi Yang ‘Menggila’ Buat Pound, Junam 500 Pips Sebelum Lonjak 600 Pips!

202

Berbeza berbanding pembukaan awal minggu yang santai seperti sebelum ini, sesi Asia pada Isnin semalam tidak menunggu lama untuk terus memberi kejutan dalam pasaran menyaksikan pergerakan agresif mata wang Pound yang mengalami penyusutan sehingga merekodkan paras terendah terbaru sepanjang masa (all-time-low).

Bayangkan Pound hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk menjunam sehingga 500 pips pada carta utama pasangan mata wang GBP/USD semalam.

Ini adalah disebabkan pengumuman pemotongan cukai terbesar di UK dalam tempoh 50 tahun, langkah drastik oleh Menteri Kewangan terbaru Kwasi Kwarteng di bawah pimpinan Perdana Menteri Liz Truss.

Pelonggaran dasar kerajaan ini adalah untuk mengimbangi risiko kemeseletan ekonomi di UK setelah bank pusat England (BOE) meningkatkan kadar faedah 50 mata asas minggu lalu.

Situasi ini juga telah menimbulkan jangkaan kenaikan kadar sehingga 200 mata asas oleh BOE selepas ini untuk meningkatkan semula nilai Pound yang susut ke paras terendah terbaru.

Pada carta GBP/USD menyaksikan terjunan 500 pips harga mencecah bawah paras 1.04000 di awal sesi Asia, namun harga berjaya melantun semula lebih tinggi dari terjunan tersebut sekitar 600 pips.

Harga berjaya mencatat paras tertinggi harian sekitar 1.09300 sebelum menutup dagangan sesi New York lebih rendah semula sekitar 1.06800.

Ada kenaikan perlahan dipaparkan pada dagangan sesi Asia pagi Selasa, namun harga dilihat masih bergerak dalam trend bearish di mana halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih menghalang kenaikan harga.

Sekiranya harga menyambung semula penurunan pada sesi-sesi berikutnya, zon support terbaru pada 1.04000 akan kembali menjadi tumpuan untuk dicabar.

Dan tidak mustahil untuk harga susut lebih rendah untuk mencipta rekod terendah terbaru lagi minggu ini selepas pergerakan drastik harga dipaparkan semalam.

Untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, melepasi halangan MA50 dan mengatasi paras ketinggian dicapai semalam, harga berpotensi untuk menuju semula ke paras rintangan 1.11000 selepas isyarat perubahan trend bullish.

Seterusnya paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.12000 dan 1.13000 akan kembali diuji semula untuk reaksi menarik harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat