Parah Kalau EUR/USD Pecah Support $1.0300 Ni!

186

Penyusutan US dolar tidak berlanjutan pada minggu lalu apabila raja mata wang itu dilihat mula pamerkan pergerakan mendatar di penghujung minggu.

Namun, pelabur mula berwaspada untuk jangkaan kemungkinan pengukuhan US dolar boleh tercetus kembali pada minggu ini.

Ini adalah disebabkan laporan terbaru perkembangan Covid-19 di China apabila sebuah bandar di selatan Guangzhou dilaporkan diarahkan untuk sekatan pergerakan (lockdown) selama 5 hari bermula hari ini ekoran risiko penularan virus.

Kebimbangan yang mendorong perubahan sentimen risk-off pasaran akan menyokong semula US dolar untuk kembali mengukuh dalam pasaran.

Sementara itu, pelabur juga akan meneliti minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan Khamis bersama minit mesyuarat bank pusat Eropah (ECB).

Mata wang Euro dilihat gagal untuk menerima suntikan positif daripada kenyataan bernada hawkish oleh Presiden Christine Lagarde yang memberi isyarat untuk meneruskan kenaikan kadar faedah.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada minggu lalu dilihat berada pada zon mendatar dengan paras sokongan harga pada 1.03000.

Paras tertinggi yang dicapai pada minggu lalu adalah pada Selasa dengan ketinggian sekitar 1.04800 sebelum harga mendatar di bawah paras 1.04000 sehingga penghujung minggu.

Mencetus jangkaan awal untuk perubahan trend bearish apabila pergerakan harga di penghujung minggu mula berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Memulakan dagangan pada pembukaan sesi Asia awal minggu ini, harga sedikit menurun menguji paras sokongan 1.03000 dengan jangkaan penurunan lebih rendah berkemungkinan diteruskan jika US dolar mengukuh.

Harga bakal ditekan ke bawah paras 1.02400 sebelum melanjutkan penurunan menuju zon tumpuan pada sekitar 1.01600-1.01000 untuk isyarat lebih jelas perubahan trend harga.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula untuk keluar dari zon mendatar minggu lalu, harga perlu melepasi rintangan awal pada 1.04000 sebelum mengatasi paras ketinggian dicapai Selasa lalu.

Seterusnya zon rintangan pada 1.05000 akan jadi sasaran berikutnya untuk diuji harga sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Jun lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat