Pasaran Bakal Dihujani Dengan Data Dari US dan UK Malam Ini!

38

Yen melonjak lebih pada Khamis berikutan suasana dalam pasaran saham yang sedikit goyah. Kebanyakan pergerakan matawang utama juga berubah menjelang mesyuarat bank pusat.

Bank of Japan dan Fed kedua-duanya akan bertemu minggu depan. Sementara itu, Bank of England dijangka tidak akan mengambil apa-apa langkah buat masa sekarang.

Hari ini, pasaran akan dihujani dengan data dari US dan UK untuk potensi pengurangan kadar oleh British, dan peningkatan kadar oleh Fed.

Selain itu, komen dari BoJ mengenai langkah pelonggaran masa hadapan juga menjadi tumpuan pasaran buat masa ini.

Namun begitu, menurut sumber yang boleh dipercayai, tidak ada kata sepakat dari BoJ untuk mendalami kadar negatif pada mesyuarat yang bakal diadakan 20 hingga 21 September ini.

Sementara itu, US Dollar menyusut 0.2% kepada 102.24 yen, sekali gus menolak keuntungan awal yang dicatat sebelum ini.

Fed juga bakal bertemu pada 20 hingga 21 September disamping ketidakpastian mengenai peningkatan kadar.

Matawang Euro juga menyusut sedikit kepada $1.1224.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi kali terakhir dinilai pada 95.508.

Ingin tahu kisah pengasas Starbuck ini? Klik pada artikel ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat