Pasaran Bergerak Perlahan, Pelabur Nantikan Pemangkin Lebih Jelas!

271

Pergerakan pasaran kekal perlahan walaupun terpapar sedikit penyusutan US dolar pada awal dagangan sesi Eropah.

Indeks dolar sedikit berundur dari sekitar paras tertinggi lima minggu berbanding sekumpulan mata wang utama untuk didagangkan pada sekitar harga 102.50 ketika penulisan.

Susulan penyusutan US dolar, beberapa mata wang utama mula bangkit daripada kejatuhan terdahulu meskipun kenaikan yang dicatatkan hanya sederhana.

Dolar Aussie dan New Zealand didagangkan meningkat ketika pasaran bersedia untuk lebih banyak data penting yang dikeluarkan dari China pada hari Selasa.

Terdahulu pada sesi Asia, bank pusat China (PBOC) mengekalkan kadar pinjaman dasar jangka sederhananya tidak berubah.

Namun, terdapat jangkaan bahawa pelonggaran akan dilaksanakan pada masa akan datang untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Sementara itu, mata wang euro sedikit meningkat tetapi kekal berlegar di paras terendah lima minggu berbanding US dolar yang disentuhnya pada awal sesi Asia.

Mata wang pound turut mencatat pemulihan untuk pulih semula daripada kejatuhan mendadak yang dicatatkan pada hari Jumaat.

Walau bagaimanapun, masih tiada faktor kukuh yang menyokong kenaikan tersebut.

Pelabur mungkin boleh memberi tumpuan kepada data Indeks Pembuatan Empire State pada sesi New York akan datang untuk petunjuk seterusnya mengenai ekonomi Amerika Syarikat.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat