Pasaran Kewangan Sedikit Pulih, Risiko Coronavirus Mulai Reda?

326

Dagangan dolar USD kekal meneruskan momentum pengukuhannya sehingga ke sesi Eropah berbanding beberapa matawang utama dan terus diniagakan meningkat berbanding safe-haven yen sementara kebimbangan terhadap coronavirus semakin berkurang.

Tindakan China untuk mengurangkan impak ekonomi akibat coronavirus dilihat telah menyokong sentimen, di mana pasaran saham dan matawang yuan China mula mempamerkan pemulihan pada sesi dagangan hari ini.

Matawang safe-haven yen dan swiss franc menurun sekitar 0.3% manakala dagangan emas pula mencatatkan penurunan yang juga disebabkan oleh pengukuhan dolar USD.

Dalam perkembangan terbaru coronavirus, kematian kedua di luar China telah disahkan berlaku di Hong Kong sementara bilangan kes yang dicatatkan meningkat kepada lebih 20,000 di China serta menyebabkan 425 kematian.

Selain itu, Hyundai Motor terpaksa menggantung pengeluarannya di Korea Selatan berikutan gangguan dalam bekalan komponen peralatan dari China, di mana banyak kilang ditutup disebabkan penularan wabak coronavirus.

Di sisi lain, dolar Aussie juga mengukuh berbanding USD susulan Reserve Bank of Australia (RBA) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada 0.75% serta kenyataan susulan yang menandakan bank pusat tidak tergesa-gesa untuk melakukan pelonggaran.

Namun, kenyataan Gabenor RBA Philip Lowe pada awal pagi esok tetap menjadi tumpuan utama pasaran untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai pandangan beliau terhadap ekonomi.

Sementara itu, matawang pound kembali menunjukkan peningkatan selepas jatuh menghampiri paras terendah 6 minggu berbanding USD ekoran kenyataan PM UK Boris Johnson yang menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan UK akan menamatkan tempoh peralihan Brexit tanpa perjanjian dagang bersama Kesatuan Eropah (EU).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat