Pasaran Semakin Jelas, BTC Kembali Mendapat Momentum Selepas Data CPI Dikeluarkan!

192

Jabatan Buruh pada hari Selasa telah mengeluarkan data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS untuk bulan Mei 2023, dimana bacaan CPI ntuk semua pengguna bandar meningkat 0.1%, diselaraskan mengikut musim dan meningkat 4 % sepanjang 12 bulan lalu. Data inflasi bagi bulan itu adalah seperti yang dijangkakan, manakala kadar inflasi tahunan 4% adalah yang terendah dalam kira-kira dua tahun.

Pasaran telah menjangkakan data CPI akan menunjukkan tanda-tanda inflasi yang mereda, dengan harga dijangka meningkat 0.1%, berbanding kenaikan 0.4% pada April 2023. Dalam masa yang sama, pemain pasaran turut menjangkakan kenaikan kadar faedah akan diberhentikan untuk sementara waktu.

Pengeluaran data indeks CPI yang mengukur purata perubahan dari semasa ke semasa dalam kos yang dibayar oleh pengguna bandar untuk barangan dan perkhidmatan telah mendorong harga Bitcoin melonjak 3% berbanding paras terendah harian $25,700 kepada paras dagangan $26,095

Sementara itu, berita mengenai inflasi berkurangan dan kadar inflasi tahunan terendah yang direkodkan dalam dua tahun boleh bermakna keyakinan tambahan bagi pegawai Rizab Persekutuan AS dalam membuat keputusan untuk memulakan satu pemberhentian dalam kenaikan kadar. Alat CME FedWatch, yang mengukur kemungkinan bahawa Fed akan mengubah kadar sasaran Persekutuan, pada masa ini menunjukkan kebarangkalian 100% untuk jeda kenaikan kadar dalam mesyuarat akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat