Patutlah Rusia Memilih Buat U-Turn Dalam Isu Kripto, Adakah Ini Sebabnya?

1,315

Sebelum ini Rusia beberapa kali menyuarakan pendirian mereka untuk mengenakan sekatan terhadap mata wang kripto oleh Bank of Rusia. Namun tindakan ini kurang digemar oleh presiden negara, Vladimir Putin. Terbaru, pada minggu ini penyelia Rusia bersetuju untuk menerima aset digital sebagai satu lagi bentuk mata wang.

Pengumuman ini diumumkan sendiri oleh media berita. Perkara ini ditafsirkan oleh kebanyakkan pihak bahawa bank pusat dan pihak kerajaan telah mencapai kesepakatan dalam ruang kripto setelah berselisih pendapat tempoh hari. Dalam masa perbincangan terdapat dokumen yang dibocorkan kepada akhbar yang telah memberikan butiran mengenai perbualan itu.

Berdasarkan sumber tidak rasmi tersebut terdapat data anggaran yang menyatakan bahawa Rusia memiliki lebih 16.5 trilion rubel dalam mata wang kripto (sekitar $215 bilion). Dengan jumlah ini, penganalisis menjangkakan jumlah hasil cukai yang dapat dikutip terhadap mata wang kripto berpotensi mencecah satu trilion rubel setahun, $13 bilion dalam mata wang AS dolar.

Penganalisis turut berkongsikan bahawa Rusia dapat dikatakan memegang saiz pasaran kripto ekonomi global sehingga 12% atau lebih. Pada masa yang sama, laporan itu menyatakan bahawa anggaran ini telah diragui oleh beberapa pegawai kerajaan.

Pakar menghuraikan bahawa cukai berkaitan kripto boleh dikutip daripada dua sumber utama iaitu levi ke atas entiti undang-undang, seperti bursa dan penyedia perkhidmatan, serta cukai ke atas pelaburan. Pengiraan mereka menunjukkan bahawa Rusia boleh menerima antara 90 sehingga 180 bilion rubel setahun daripada platform dagangan kripto berlesen dan cukai pendapatan boleh membawa sehingga 606 bilion rubel.

Setakat ini kerajaan Rusia lebih cenderung untuk mengutamakan pengawalseliaan mata wang kripto berbanding untuk mengetakan sekatan secara penuh. Jabtan Perbendaharaan, dijangka membentangkan senario kawal selia yang berbeza menjelang akhir minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat