Pelabur Waspada, USD Hilang Arah!

567

US dolar mengalami penurunan sederhana pada awal minggu ketika pasaran bersiap sedia menanti penerbitan data ekonomi dan mesyuarat bank pusat utama minggu ini.

Walaupun merosot, namun indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback kekal didagangkan atas paras harga 105.00 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pada hari Isnin, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Janet Yellen berkata bahawa beliau tidak melihat tanda-tanda ekonomi nombor satu dunia itu memasuki kemelesetan.

Pertumbuhan AS yang berdaya tahan telah menyokong pengukuhan semula US dolar dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang mencetuskan jangkaan untuk kadar faedah Federal Reserve (Fed) kekal tinggi.

Dalam pada itu, euro cuba untuk bangkit dari paras terendah selepas ditekan oleh jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan menamatkan kenaikan kadar faedahnya.

Mata wang pound pula terus mendatar di bawah paras harga 1.2400 berbanding greenback di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang penerbitan data inflasi UK dan mesyuarat dasar Bank of England (BOE).

Sementara itu, mata wang yen kekal berlegar pada paras terendah 10 bulan dengan didagangkan pada sekitar harga 147.75 berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie sedikit berubah selepas laporan minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) diterbitkan yang melihatkan penggubal dasar mempertimbangkan untuk menaikkan kadar 25 mata asas atau mengekalkannya pada mesyuarat baru-baru ini.

Selain itu, dolar Kanada terus meraih pengukuhan untuk didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar ketika pelabur memberi tumpuan kepada terbitan data inflasi Kanada pada malam ini.

Keseluruhannya, pergerakan pasaran mata wang masih perlahan memandangkan tiada data ekonomi utama diterbitkan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat