Pembangunan Teknologi Ini, Dijangka Akan Memberi Impak Besar Kepada Matawang Crypto Terutamanya Bitcoin

113

Sejak Mei lalu, sekumpulan jurutera komputer sedang mengusahakan perisian yang dipanggil “Segwit2x” yang dikatakan dapat memisahkan komuniti blockchain kepada 2 bahagian yang dipanggil sebagai ‘fork‘.

Fork juga dikenali dengan nama SegWit2x. Penambah baikan perisian ini adalah untuk mengatasi masalah jaringan bitcoin yang terhad dalam mengendalikan transaksi harian. Selain itu juga untuk memperbaiki kelajuan perlaksanaan transaksi iaitu jual beli dalam sistem blockchain.

SegWit2x merupakan perjanjian diantara beberapa individu berprofil tinggi dalam dunia bitcoin yang merencanakan untuk melebarkan lagi kapasiti jaringan bitcoin.

Kini dunia matawang crypto digemparkan kembali dengan perkembangan kaedah transaksi. Perkembangan ini dijangka akan memberi kesan besar kepada matawang crypto terutama Bitcoin, Litecoin dan altcoin lain yang memilkit platform yang sama.

Beberapa kumpulan penyelidik dariapda Universiti Standford, College London dan Blockstream telah mengumumkan bahawa kaedah yang dikenali sebagai Bulletproof itu akan menjadikan setiap transaksi benar sulit dan rahsia. Selain menjaga privasi, teknologi itu juga membolehkan banyak transaksi dilakukan dalam blockchain.

Pada ketika ini kaedah yang digunakan Bitcoin ialah zkSnarks dan ringCT. Kedua-duanya juga menjadikan setiap transaksi bitcoin itu sulit. Tetapi kaedah ini memerlukan transaksi yang besar dan masih ada masalah terhadap isu melakukan lebihan transaksi dalam blockchain. Menurut sebahagian penganalisis, untuk mengesan transaksi berdasarkan 2 perisian ini memang sukar tetapi ia bukan mustahil.

Pembangunan ini diperlukan Bitcoin apabila saingan daripada altcoin semakin tinggi. Namun Bitcoin masih lagi mendominasi pasaran matawang crypto tersebut. Ini merupakan salah satu sebab mengapa banyak modifikasi sedang dilakukan dan sedikit sebanyak terpaksa mengubah kod asal bitcoin.

Harga bitcoin kini berada pada $8,203., jatuh daripada paras tertinggi $8258.

Bitcoin Cash kini jatuh paras tertinggi iaitu pada $2790.00 kepada paras $1,466.20 iaitu naik sebanyak 13.05% setakat jam 2.20 petang.

Ethereum yang merupakan matawang crypto kedua yang paling bernilai selepas bitcoin mencatat kejatuhan 0.48% kepada $379.89 bagi satu ethereum setakat jam 2.20 petang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat