Peminat Kripto Ini Tukarkan 1 Bitcoin Untuk Beli 10,000 Pizza!

135

“Fulamak, banyaknya boleh habis ke pizza tu?”

Seorang peminat tegar mata wang kripto bernama Daniel Nita mendedahkan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau telah membelanjakan 1 Bitcoin (BTC) bernilai sekitar $26,800 untuk beli sebanyak 10,000 pizza di Romania.

Rentetan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) yang tidak sabar menikmati pizza jika berada di Romania telah berkata bahawa aset digital itu kekal sebagai legenda susulan 13 tahun lalu, 10,000 BTC untuk satu pizza.

Sudah sedia maklum ia adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah BTC apabila seorang peminat aset digital itu Laszlo Hanyecz pada 22 Mei 2010 mengeluarkan 10,000 BTC semasa harganya berada pada $41 setiap satu untuk beli dua pizza.

Memandangkan pasaran kripto semakin berkembang pesat, ramai pemimpin industri sungguh percaya bahawa penggunaan meluas aset digital dan teknologi blockchain dapat membawa banyak faedah kepada pelbagai sektor.

Semasa berada di Forum ekonomi Dunia diadakan di Davos, beberapa eksekutif daripada firma kripto termasuk CEO CasperLabs Cliff Sarkin berpandangan pasaran kripto berpotensi untuk berkembang secara global susulan penggunaannya yang pantas.

Bukan itu sahaja, penggunaan kripto yang lebih pantas dan meluas membawa makna bahawa firma bersandarkan aset digital mempunyai peluang mengembangkan lagi perniagaannya untuk jana keuntungan lumayan.

Selain kecairan dan volum dagangan dapat meningkat dalam pasaran kripto, penggunaan aset digital yang lebih besar dapat membenarkan syarikat mula menerima kripto sebagai pembayaran untuk pelbagai barangan atau perkhidmatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat