Penangan NFP, Sampai 200 Pips GBP/USD Melonjak!

229

Kejutan berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD Jumaat lalu apabila harga telah melonjak ketara catatkan kenaikan harian hingga 200 pips!

Situasi tersebut adalah disebabkan reaksi pasaran terhadap terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan bacaan merosot hingga mendorong penyusutan ketara US dolar.

Keseluruhan komponenan dalam laporan pekerjaan catat bacaan suram, mencetus jangkaan kenaikan kadar faedah berkemungkinan tidak akan dilakukan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat Disember nanti.

Pound telah berjaya didagangkan kukuh semula berbanding US dolar walaupun mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada Khamis disampaikan dengan nada yang dovish dan gagal mengukuhkan Pound pada mulanya.

Jika diperhatikan, harga pada carta GBP/USD telah melonjak dari zon 1.22000 menembusi rintangan 1.23000 dan hampir menyentuh paras 1.24000.

Paras ketinggian dicapai pada lonjakan sesi terakhir minggu lalu adalah sekitar 1.23900 sebelum harga perlahan menutup dagangan di sekitar tersebut.

Pergerakan harga dijangka bullish dengan harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Jika kenaikan diteruskan, paras 1.24000 bakal dilepasi sebelum harga terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu yang seterusnya akan mensasarkan pula ketinggian pada 1.25000.

Namun jika penurunan harga kembali dipaparkan semula minggu ini, zon 1.23000 dilihat akan menjadi tumpuan untuk diuji dan reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan.

Menjunam lebih rendah akan memberi amaran awal untuk perubahan trend bearish dan harga boleh susut hingga ke 1.22000 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat