Penderitaan USD Berterusan, Data PCE AS Pula Jadi Fokus Pelabur!

288

Impak daripada kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell terus dirasai US dolar untuk didagangkan lebih rendah pada sesi Eropah.

Akhirnya teka-teki mengenai penetapan dasar akan datang terjawab selepas Powell mengesahkan bahawa bank pusat itu berada pada kedudukan yang sesuai untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Ini menguatkan lagi jangkaan untuk peningkatan kadar sebanyak 50 mata asas pada bulan Disember, setelah kenaikan 75 mata asas dilaksanakan empat kali berturut-turut.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan suram pada 105.48, paras terendah tiga bulan.

Mata wang utama, dolar Aussie dan New Zealand mengukuhkan keuntungan selain turut memanfaatkan sentimen yang bertambah baik dari China berhubung sekatan Covid-19.

Berita mengenai pelonggaran sekatan di bandar Zhengzhou dan Guangzhou, turut mengangkat pasaran saham Asia terutamanya Han Seng Hong Kong dan Shanghai Composite.

Sementara itu, mata wang euro juga mengekalkan momentum kenaikan yang dicatatkan pada sesi terdahulu dengan didagangkan pada sekitar harga 1.0440 berbanding USD.

Dagangan pound turut meningkat dengan diniagakan lebih tinggi pada sekitar harga 1.2100 berbanding greenback yang lemah.

Tumpuan pelabur seterusnya kini disasarkan kepada penerbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) Amerika Syarikat yang menjadi ukuran inflasi utama buat Fed.

PCE dijangka mencatatkan sedikit penurunan pada bulan Oktober, selari dengan indeks harga pengguna (CPI) yang dicatatkan baru-baru ini.

Tuntutan pengangguran dan laporan PMI pembuatan AS turut menjadi fokus pelabur untuk dijadikan indikasi kepada terbitan data pekerjaan NFP pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat