Penerangan Lanjut Komen Hawkish Haldane Yang Menyokong GBP

64

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank of Engalnd (BoE) Andy Haldane menjelaskan kesan-kesan mengekalkan polisi monetari dan mengetatkan polisi lebih awal dalam ucapannya hari ini.

Haldane merumuskan risiko pengetatan polisi lebih awal telah berkurangan di mana pertumbuhan dan inflasi menunjukkan pengukuhan lebih dari jangkaan.

Jika kadar faedah ditangguhkan terlalu lama, ini akan menyebabkan kenaikan kadar yang lebih mendatar selepas itu. Pendapat beliau bertentangan dengan jangkaan MPC (Monetary Policy Committee) bahawa kadar faedah perlu dinaikkan secara terhad dan beransur-ansur.

Secara keseluruhan, Haldane merumuskan pengurangan rangsangan yang ditambah tahun lalu adalah bersesuaian dengan data-data ekonomi yang dijangka menepati ramalan di masa hadapan.

Beliau menjelaskan sebab tidak mengundi kenaikan kadar dalam mesyuarat minggu lalu adalah disebabkan kurangnya tekanan ke atas kepada gaji dan kebarangkalian ekonomi yang semakin perlahan secara mendadak.

Selan itu, beliau juga menyatakan tindakan kepada pengurangan rangsangan adalah bersesuaian pada separuh kedua 2017 yang akan memberi isyarat meyakinkan dalam ekonomi.

Matawang Gbp tertekan selepas komen oleh Gabenor Carney pada Selasa, bahawa ini bukanlah masanya untuk menaikkan kadar faedah, khususnya dengan tekanan inflasi dalam ekonomi domestik yang masih terhalang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat