Pengukuhan USD Tergugat, Ini Puncanya!

798

Kesuraman data pembuatan Amerika Syarikat telah menggoyahkan dagangan dolar greenback pada sesi New York, tetapi ia tetap didagangkan mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama.

Data PMI pembuatan ISM menunjukkan aktiviti perkilangan AS pada bulan Disember tersasar daripada jangkaan pasaran dengan kejatuhan ke tahap terendah sejak Januari lalu.

Sementara itu, data lain pula memaparkan sebanyak 4.5 juta rakyat Amerika secara sukarela berhenti kerja pada bulan November yang mungkin akan memberi tekanan kepada perniagaan untuk meningkatkan upah bagi menarik pekerja.

Ekoran daripada data tersebut, dolar greenback mengurangkan kenaikan dengan memaparkan sedikit penyusutan sebelum ia kembali meningkat untuk terus menguat berbanding pesaing utamanya.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama diniagakan stabil pada sekitar harga 96.25.

Dalam pada itu, kegoyahan dagangan greenback telah memberi manfaat buat beberapa mata wang utama untuk mencatat kenaikan seperti dolar Aussie, kiwi dan pound.

Sentimen pasaran keseluruhannya dilihat risk-on dengan menyaksikan dagangan safe-haven yen susut ke paras terendah 5 tahun berbanding greenback.

Pelabur melihat Omicron tidak akan mengganggu ekonomi global berbanding varian sebelumnya dan Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan rancangannya untuk mula mengetatkan dasar monetari bagi mengekang inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat