Penuh Gelora, USD Akan Meletup Lagi Minggu Ini?

1,140

Pasaran bergerak perlahan pada permulaan dagangan awal minggu, menyaksikan US dolar cuba mencari sokongan untuk terus mengukuh berbanding pesaing utamanya ketika sesi Eropah.

Jumaat lalu, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell telah menggegarkan pasaran kewangan dengan kenyataan berbaur hawkish.

Powell menegaskan bahawa bank pusat itu mungkin perlu terus menaikkan kadar faedah untuk menurunkan inflasi yang masih terlalu tinggi.

Ekoran daripada itu, pelabur kini menjangkakan satu lagi kenaikan kadar faedah menjelang akhir tahun ini.

Hal ini telah mendorong US dolar melonjak ke paras tertinggi baharu dua bulan berbanding sekumpulan mata wang utama sebelum sedikit berundur susulan pengambilan untung oleh pasaran sebelum dagangan minggu lalu berakhir.

Sehingga pembukaan sesi Eropah, US dolar cuba untuk mendaki semula ke paras tertinggi yang dicapainya minggu lalu, melihatkan indeks dolar sedikit meningkat pada 104.15 ketika penulisan.

Dengan ketiadaan data ekonomi utama diterbitkan pada hari ini, pasaran mata wang dijangka akan terus dipengaruhi oleh faktor daripada ucapan Powell minggu lepas.

Namun, pelabur perlu berwaspada memandangkan minggu ini bakal dipenuhi dengan data-data berimpak tinggi seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK), perbelanjaan peribadi pengguna dan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Sementara itu, euro cuba bertahan daripada susut semula, menyaksikan mata wang itu diperdagangkan pada sekitar harga 1.0800 berbanding dolar greenback.

Mata wang pound pula gagal mengekalkan kedudukan dengan kembali tergelincir di bawah paras harga 1.2600 berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand kembali menyusut untuk terus didagangkan melemah pada paras terendah sembilan bulan berbanding greenback.

Selain itu, mata wang yen terus didagangkan di bawah tekanan selepas menyentuh paras terlemah terbaru sejak November 2022 pada hari Jumaat, melihatkannya kini didagangkan pada sekitar harga 146.55.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat