Penyelia Australia Sudah Beri Amaran, Terpulang Kepada Pelabur Kripto Tanggung Risiko!

10,572

“Segalanya di tangan anda”.

Penyelia Australia memberi amaran berkaitan perlindungan pelabur matawang kripto di negara itu susulan daripada status aset tersebut yang belum dikenakan undang-undang.

Dalam pengumuman awal minggu ini, Australian Securities and Investments Commission (ASIC) mendedahkan mereka sedang bekerjasama dengan penggubal undang-undang untuk memperkenalkan undang-undang untuk pelaburan matawang digital.

Pengerusi ASIC, Joe Longo menyifatkan matawang kripto yang belum dikenakan undang-undang sebagai bukan ‘produk kewangan’.

Disebabkan itu selagi mana undang-undang belum dilaksanakan, perlindungan pelabur bukanlah di bawah pantauan penyelia Australia kerana risikonya adalah  pilihan individu itu sendiri.

Sebagai rekod, Commonwealth Bank of Australia menjadi bank pertama yang menawarkan perdagangan matawang kripto di negara itu pada awal November.

Walaupun aset kripto dilihat sebagai peluang pertumbuhan ekonomi kerana permintaan yang luas, Longo percaya ia masih membawa impak yang besar terhadap pelaburnya.

ASIC bersama penggubal undang-undang turut membincangkan perubahan undang-undang yang mana akan membenarkan penubuhan organisasi autonomi desentralisasi (DAO) dan perlesenan bursa kripto di Australia.

Nampaknya, ada potensi untuk sektor kripto terus berkembang di negara itu seperti yang didakwa Longo, mereka bukanlah mahu menyingkirkan risiko tetapi tidak patut untuk mengabaikan potensinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat