Perbelanjaan Pengguna Amerika Kukuh Pada Jun, US Dollar Menguat

531

Matawang US dollar membuat kenaikan selepas data inflasi tumpuan utama The Fed dikeluarkan pada Selasa. USD/JPY ketika ini sedang meneruskan kenaikan dengan USD/CAD terpantul dari paras terendah hari Selasa.

Perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat meningkat dengan kukuh pada bulan Jun di mana isirumah direkodkan berbelanja lebih banyak di restoran dan kemudahan kediaman. Ini menunjukkan satu asas yang kukuh dalam ekonomi menjelang suku ketiga tahun 2018.

Perbelanjaan pengguna yang mewakili hampir 70% daripada aktiviti ekonomi Amerika Syarikat meningkat 0.4% pada bulan lalu. Data sebelum itu pula dikaji semula kepada kenaikan daripada 0.2% kepada 0.5%.

Harga meningkat dengan perlahan pada bulan lalu di mana perbelanjaan penggunaan peribadi (personal consumption expenditure, PCE) yang tidak mengambil kira perubahan harga barangan yang volatile (turun-naik) hanya meningkat 0.1% lebih rendah daripada sebelum itu.

Bacaan tahunan bagi Core-PCE meningkat 1.9% bagi bulan ketiga berturut-turut. Data Core-PCE adalah indikator inflasi keutamaan The Federal Reserve dalam mengukur tekanan inflasi di Amerika Syarikat. Bacaan data ini telah mencapai paras sasaran 2% bank pusat pada bulan Mac, pertama kali sejak Disember 2011.

Pertumbuhan Ekonomi GDP Kanada Naik 0.5% Lebih Dari Jangkaan

Pertumbuhan meningkat 0.5% pada bulan Mei lebih daripada jangkaan pasaran 0.3%. Dari tahun ke tahun, bacaan GDP naik 2.6% daripada 2.5% sebelum ini, lebih daripada jangkaan 2.3%.

Bank of Canada (BOC) telah menaikkan kadar faedahnya pada bulan ini yang merupakan kenaikan keempat dalam tempoh 12 bulan. Dijangka lebih banyak kenaikan kadar faedah selepas ini dengan data-data ekonomi semakin baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat