Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

45

Forex

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang lain pada hari Khamis, melonjak naik dari penyusutan matawang yen.

US dolar mencatat bacaan 112.41 berbanding yen dalam sesi dagangan Asia dengan pengukuhan sebanyak 0.13% . AUD pula mencatat penyusutan sebanyak 0.21% kepada 0.7547 berbanding US dolar. Matawang GBP juga mencatat penyusutan sebanyak 0.06% kepada 1.3384 setakat jam 10.05 a.m.

  • Matawang US dolar menyusut berbanding yen pada awalnya berikutan kenyataan Trump pada hari Rabu yang mengikhtiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel.
  • Pengukuhan US dolar pada hari ini didorong oleh selera pelabur yang meningkat dan sikap optimis terhadap kemajuan reformasi cukai US.

Matawang AUD menyusut berikutan surplus imbangan perdagangan pada bulan Oktober jatuh daripada A$1.604 billion pada bulan September kepada A$105 juta.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sedikit 0.03% kepada 93.56 dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis setakat jam 10.05 a.m.

Minyak

Harga minyak naik pada hari Khamis selepas mengalami kejatuhan berturut-turut.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.38% kepada $56.18 setakat jam 10.05 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.36% kepada $61.48 setong setakat jam 10.05 a.m.

  • Peningkatan harga minyak didorong oleh kejatuhan inventori minyak mentah US, namun inventori minyak gasoline dan produk minyak mentah meningkat.
  • Inventori minyak mentah jatuh sebanyak 5.6juta tong bagi minggu yang berakhir 1 Disember kepada 448.1 juta tong.
  • Inventori minyak gasoline naik 6.8 juta tong kepada 220.9 juta tong.

Emas.

Harga emas jatuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis berikutan pengukuhan US selepas sentimen kenyataan Trump mereda.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.07% pada Khamis kepada $1,265.20 setakat jam 10.05 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat