Perjalanan BTC Masih Jauh, Fasa ‘Bearish’ Belum Tamat!

180

“Alaaa maksudnya lambat la lagi harga BTC nak naik.”

Seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) menyaksikan pemulihan pada awal tahun ini tetapi ia mula melakukan pergerakan sebaliknya secara perlahan-lahan apabila krisis perbankan semakin berleluasa.

Menerusi pemerhatian, harga BTC buat masa ini mungkin membuat pergerakan bearish apabila kini masih berlegar-legar di bawah paras $27,000 dan tidak akan berakhir sehingga acara halving berlaku pada April serta Mei 2024.

Secara konteks, halving BTC adalah peristiwa penting susulan ia mengurangkan separuh ganjaran blok dan bilangan aset digital itu yang dikeluarkan dalam edaran seterusnya menjadi pencetus untuk harga kripto bullish.

Susulan masih tinggal setahun lagi untuk acara halving BTC, pasaran kripto termasuk aset digital tersebut mungkin akan melihat pergerakan menurun sehingga 2023 dan awal tahun depan sebelum meneruskan kenaikan drastik.

Memang tidak dinafikan pasaran kripto mendaki tinggi pada awal tahun 2023, namun para pelabur telah mengalami sejumlah kerugian apabila sentimen positif mula terhenti selepas beberapa bank Amerika Syarikat (AS) mengalami keruntuhan.

Ini membawa makna bahawa pelabur tidak berhasrat untuk membeli BTC pada masa ini, oleh itu pasaran bearish akan berterusan susulan penjual kekal mendominasi pasaran kripto ditambah pula banyak pelabur ingin beli aset digital itu setelah harganya turun ke $20,000.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.05% pada paras $26,822 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $519 bilion tetapi masih mencatatkan lonjakan 1.57% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat