Pesanan Core Machinery Jepun Naik Dua Bulan Berturut-turut

96

Pesanan barangan teras mesin (Core Macinery) meningkat di luar jangkaan pada bulan Ogos merekodkan kenaikkan dua bulan berturut-turut, menunjukkan pertumbuhan dalam perbelanjaan dan akan menjadi bahan sokongan kepada Perdana Menteri Shinzo Abe dalam pilihan raya bulan ini.

Antara harapan utama untuk menarik pengundi pada pilihan raya 22 Oktober nanti adalah perlaksanaan Abenomics yang lebih memberi ransangan terhadap monetari, perbelanjaan fiskal dan pelan reformasi telah menunjukkan kesan yang positif terhadap ekonomi untuk kekal dalam pemulihan.

Jabatan Kabinet melaporkan pesanan barangan teras, salah satu siri data bervotaliti tinggi yang menjadi tanda aras kepada modal perbelanjaan negara dalam tempoh 6 hingga 9 bulan akan datang, naik 3.4 peratus pada bulan Ogos.

Bacaan ini melebihi jangkaan median di paras 1.1 peratus, dan meneruskan peningkatan yang berjaya dicapai pada bulan Julai di paras 8.0 peratus. Komponen tempahan barangan teras yang tidak termasuk perkapalan dan peralatan kuasa elektrik meningkat kepada ¥882.4 billion (US$7.86 billion), paras tertinggi sejak Julai 2016.

“Masih terdapat ketidaktentuan pada padangan polisi perdagangan Trump, Korea Utara dan risiko politik Jepun, namun keadaan domestik secara umumnya kekal mendapat sokongan,” kata Takeshi Minami, ketua ekonomi di Norinchukin Research Institute.

“Perbelanjaan kapital akan terlaksana dengan baik dalam tempoh satu atau dua tahun lagi”, tambah beliau.

Pesanan daripada kilang meningkat 16.1 peratus dalam unjuran bulan-bulan (m/m) pada bulan Ogos, didorong oleh pengeluaran mesin serba guna,. Manakala pesanan sektor perkhidmatan pula naik 3.1 peratus, dibantu oleh peningkatan pesanan untuk alat pemanas (boilers) dan turbin.

Pada minggu lalu bacaan kajian BOJ Tankan menunjukkan syarikat-syarikat besar akan menaikkan modal perbelanjaan sebanyak 7.7% dalam fiskal semasa yang berakhir pada Mac 2018, menekan pandangan yang mengatakan bahawa perbelanjaan syarikat sekarang dalam keadaan yang kukuh.

Pemulihan berterusan dalam perbelanjaan akan memberi sokongan terhadap ekonomi di bawah sektor swasta, namun pertumbuhan pendapatan dan inflasi yang masih rendah walaupun perbelanjaan meningkat terus memberi tekanan kepada BoJ untuk kekalkan ransangan monetari mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat