Petunjuk Masih Bercampur, Bitcoin Beri Corak Positif Untuk Melonjak Semula?

587

Sentimen positif terus menghujani Bitcoin (BTC) yang mana diketahui ramai bahawa El Salvador bakal iktiraf Bitcoin sebagai matawang rasmi yang sah dalam negara mereka dan Tesla bakal menerima semula Bitcoin sebagai medium pembayaran.

Namun disaat sentimen yang positif terus digapai, IMF dikatakan tidak merestui dan memberi amaran kepada El Salvador di atas langkah beraninya.

Tidak dengan itu sahaja, terbaru dikhabarkan Bank Dunia juga telah menolak permohonan berkaitan penerapan Bitcoin (BTC) ke dalam ekonomi El Salvador di atas beberapa aspek kekurangan.

Dalam khabar angin yang ramai mempersoalkan langkah El Salvador tersebut, ada juga yang komited dalam membantu El Salvador untuk mencapainya.

Menarik untuk disaksikan pada carta BTC/USDT,

Pergerakan harga BTC dilihat sedikit melonjak melepasi paras harga $40,000 pada permulaan minggu ini susulan sentimen positif yang diterima oleh Bitcoin.

Namun harga bergerak perlahan di atas paras harga $40,000 sebelum kembali membuat penurunan sedikit untuk berlegar di sekitar paras harga $38,000.

Pandangan sudut teknikal, penurunan tersebut dapat disaksikan bahawa pergerakan harga BTC sedang membuat HL (higher low) terbaru di paras harga $38,000 sebelum kembali melonjak sedikit di paras harga $39,000.

Dengan corak pergerakan harga tersebut, secara tidak langsung ia memberikan isyarat awal dan keyakinan kepada para pelabur bahawa harga BTC sedang berada dalam trend bullish.

Jika pergerakan harga BTC berjaya melepasi paras harga $40,000, jangkaan seterusnya berkemungkinan harga BTC bakal membuat HH (higher high) yang terbaru untuk harga kekal membuat kenaikan.

Sekiranya momentum kenaikan terus berlaku, paras SBR (support become resistance) $50,000 bakal menjadi tumpuan utama para pelabur untuk dituju harga.

Kenaikan tersebut juga bakal terus memberikan keyakinan kepada para pelabur bahawa bull season kripto masih belum tamat malah ada juga yang berpendapat bahawa ia baru sahaja ingin bermula.

Sebaliknya jika penurunan harga terus melepasi trendline support atau paras harga $38,000, pergerakan harga BTC dijangka bakal kembali menguji paras sokongan $30,000 semula.

Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga BTC melonjak melebihi 2% untuk diperdagangkan di atas paras harga $39,000.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat