Platform NFT Ethereum Berskala, Palm NFT Studio Bakal Dilancarkan!

384

Apabila NFT (non-fungible token) menjadi kegilaan komuniti kripto, banyak pencipta dan pengguna mahu melombong token itu. Namun, kosnya agak mahal jika menggunakan Ethereum.

Susulan daripada itu, penyedia penyelesaian Ethereum, ConsenSys telah bersatu dengan HENI Group dan Heyday Films untuk memperkenalkan Palm NFT Studio. Konsepnya menfokuskan kepada kolaborasi bersama artis, marketplaces dan pemilik hak cipta untuk membawa projek dan platform ke ekosistem baru NFT.

Tidak mendedahkan tarikh pelancaran Palm, ConsenSys dalam pengumumannya memberitahu Uniswap V3 yang bakal dilancarkan pada Mei akan tampil menyokong perdagangan aset seni digital dalam ekosistem Palm.

Palm akan wujud sebagai sidechain Ethereum yang sepenuhnya saling kendali dengan rangkaian Ethereum utama dengan tujuan peralihan ke penyelesaian Layer 2 untuk transaksi yang lebih pantas. Ia juga akan tersedia sebagai rangkaian pilihan dalam wallet kripto, MetaMask.

Setakat ini, Palm NFT Studio telah bersetuju untuk menjalankan hubungan rakan kongsi bersama MEME, Nifty’s, Protocol Labs dan Infura. Senarai rakan kongsi dijangka akan berkembang sebaik sahaja ia dilancarkan secara rasmi.

Dikhabarkan koleksi pertama yang akan tampil di Palm ialah “The Currency Project” daripada artis Britain, Damien Hirst yang terdiri daripada 10,000 karya di atas kertas sebagai NFT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat